Saturday, December 10, 2011

Minda Akob: Tatacara Solat Gerhana Cara Nabi

Minda Akob: Tatacara Solat Gerhana Cara Nabi: SOLAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF) Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (Dinukil dari buku saya bertajuk Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W.) Ger...

Sunday, November 13, 2011

Guru Bekerja 9 jam sehari ????

HARGAILAH CIKGU SELAYAKNYA..sy rasa terpukul dgn tajuk Utusan M'sia ari ni "Guru-guru jangan panik - Wee Ka Siong"..ingatlah kita diajar&dibesarkan dgn jasa guru ..itu asas yg menjadikan kita siapa hari ini...cukuplah bebaban yg cikgu2 ada..dah terlebih beban..waktu servey dijlnkan di skolah ari tu..majoriti menolak&mengutuk idea ni..jadi bagaimanakah yg dikatakan perkara ini telah dikaji...siapa yg berbincang?macamana boleh diluluskan tuk buat percubaan?dah x sesuai so x yah lah cuba2..dah tau pisau tu tajam jd x yah cuba hiriskan kat badan..memang SAKITT.pastinya mereka yg berkepentingan@yg tidak merasai suasana sebnar kerja sebagai guru@mereka yg tidak peka@yg cuba cari populariti@yg cuba jadi macam2..FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK..jgn jd cam PPSMI yg kna patah balik..dulu majoriti ckg x stuju kerana cintakan BM...pastu jalan gak..lihat sekrg apa jadi...nabi pesan jgn kita dipatuk ular 2 kali dlm lubang yg sama..ambil pengajaran kerna sapa yg x knal Sejarah pasti mengulangi Sejarah tersebut...tanganilah sesuatu itu dgn penuh berhemah&bijaksana..permudahkan urusan org lain I'Allah urusan kita dipermudahkan oleh-Nya ..sejujur kata:)

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Sunday, May 15, 2011

Jangan Pertikaikan keikhlasan seorang guru :)

Jgn pertikaikan keikhlasan seseorang guru. Tugas guru dahulu dan sekarang sama sahaja..mengajar dan mendidik bidang yg teramat mulia.Dengan Ijazah yg sama ditambah lagi dgn kelayakan iktisas, mereka sanggup berkongsi pejabat dgn puluhan cikgu, tiada privasi, berkongsi kipas, menyusun dan mengetip kertas peperiksaan yg bertimbun banyaknya(kdg2 terpaksa upah menyiapkannya), mengambil kedtgn pelajar setiap hari, mengutip yuran, latih drama, nasyid, sukan, bahas, menjayakan program skolah, program JPN, program Kementerian, tuisyen lepas skolah, tuisyen waktu cuti tanpa bayaran, bermacam2 jenis mesyuarat, disiplin, karenah pelajar& ibu-bapa, Post Mortem, TOV, ETR, Head Count , pelbagai program Panitia. mengangkut pelajar kehulu ke hilir menggunakan kereta sendiri tanpa membuat claim, kdg2 menghabiskan duit saku utk peljr wlpun gajinya cukup makan dan macam2 lagi..kenaikan pangkat paling lambat dlm sektor kerajaan(10thn-time base) kecuali kes khas dan dgn bebaban tugas pengkeranian paling banyak.Inilah realiti kehidupan seorang guru hari ini..bukan berkira tetapi sekadar membuka mata. Nilailah guru dgn mata hati kita. Jangan pertikaikan keikhlasan insan yg bernama GURU..hargailah mereka seadanya..mereka tidak mengharapkan duit kita tp berkat ajaran mereka menjadikan siapa kita hari ini...moga Allah membalas jasa GURU2 kita..hayatilah sajak di bawah...SELAMAT HARI GURU ..- sejujur kata :)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979


http://www.blogger.com/blog-this.g?t&u=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fbharian%2Farticles%2FPerihalOrangMuda_Profesiongurubukan_main-main_%2FArticle&n=Berita+Harian+Online+|+Perihal+Orang+Muda%3A+Profesion+guru+bukan+%27main-main%27