Thursday, November 18, 2010

Keajaipan nombor dalam al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

NOTA: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan...dipetik dari nukilan Suzana Ghazali

..



Wednesday, November 10, 2010

                                  SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR


BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN FUTSAL TINGKATAN 4 TAHUN 2010

Nama Pasukan:
Nama Pengurus Pasukan:
No. Tel Pengurus Pasukan:

Bil
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Ting






























Syarat Penyertaan

1.        Setiap pasukan mestilah tidak melebihi 7 orang atau sekurang-kurangnya 5 orang.
2.        Penyertaan adalah PERCUMA.
3.        Setiap ahli pasukan WAJIB dari kelas yang sama.
4.        Pasukan tidak boleh meminjam atau mengambil pemain dari pasukan lain.
5.        Pasukan WAJIB berada di kawasan gelanggang 30 minit sebelum perlawanan.
6.        Mana- mana pasukan yang GAGAL mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan atau   dikira kalah dan kemenangan diberi kepada pasukan lawan.
7.        Semua peserta WAJIB memakai pakaian sukan yang sesuai dan berseluar panjang/track bottom.
        8.        Borang hendaklah dihantar selewat-lewatnya 10 Nov 2010 (Jumaat) kepada En Mansor atau email di alamat cikgumansorkl@yahoo.com

Tarikh dan Tempat
 
11 Nov 2010 (lelaki dan perempuan)
Bertempat di Gelanggang Bola Keranjang

Format Kejohanan
1.Perlawanan liga peringkat awal dan kalah mati peringkat pusingan seterusnya.(bergantung pada perubahan semasa)
2. Hanya 5 pemain sahaja setiap perlawanan dengan 2 pemain simpanan.
3. Masa perlawanan adalah 11 minit  iaitu 5 minit setiap separuh masa dan termasuk 1 minit masa rehat.
4. Sekiranya berlaku seri diperingkat kalah mati maka kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain)

PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan  dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini
Tandatangan :___________________________
Nama :__________________________________ Tarikh :____________________
( PENGURUS PASUKAN)


*borang juga boleh diambil dari www.cikgumansor.blogspot.com

Sunday, October 31, 2010

aduhai Cuti 'Idul Adha..kenapa 1 hari? episod 2

Salam semua...dulu sy dah tulis hal ni...tp terpanggil lg untuk menyambung episod dukanya...
         Disuatu pg dibilik guru..ada satu pertanyaan kpd  smua guru "adakah cikgu2 nak cuti raya haji bersambung terus ngan cuti skolah?kalau nk kita mesti ganti cuti tersebut selama 2 hari dengan Cuti Berganti yg akan dibuat pada 2 kali sabtu? kita akan buat undian..jika majoriti setuju kita akan mohon dengan JPN" maka berduyun2 lah cikgu2 membuang undi(tip jer) yg ada di kaunter pejabat dan hasilnya MENANG!!! dengan YAKINnya cutipun dianggap LULUS...sepantas kilat khabar gembira ini disampaikn kpd ahli keluarga...maka isteri pun apply la cuti utk balik kg.. mak pun tumpang gembira cz leh balik kg..adik beradik pun merancang tuk sama beraya dikg dan sekali lg ambil bhg dalam acara Qurban ni...Alhamdulillah
       Selang je beberapa hari....sampai lak berita MENGECEWAKAN..cuti hanya lulus sehari je..arahan pihak atas katanya.adusss hancur luluh perasaan guru yg ingin balik kg melakukan ibadat Qurban ini...ada yg lembu dah booking...camrer ni..malu lak ngan tuan lembu nk btau batal..takut menyusahkannya.. kena cari pengganti last2 minute...masa minta beriya2 pujuk tuan lembu tu...wakil je kot walau x real lak rasanya.. .takpe la...beraya di selangor saje la...masak sendiri ...makan sendiri2...qurban ikan selar je la
       Tetiba semalam(Sabtu)..dlm mesyuarat guru diumumkan lak bahawa cuti leh diambil sehingga bersambung terus ngan cuti skolah...ADUHAI apa dah jadi ni??????surat pemberitahuan kpd ibubapa telah diedarkan..tidak terfikirkah org yg merancang cuti ini bahawa fikiran dan hasil tangan ANDA telah banyak menyusahkan org lain..yg melibatkan pelbagai peringkat manusia..inikah dikatakan bijak merancang?.tak terfikirkah atau malaskah nak fikir...???bg anda mugkin masalah ni kecil tp bagi mereka yg terkena...ini amatlah membebankan...Allah itu Maha Adil.
       Dalam hal ini..kita tak salah kan PIHAK YG MENURUT PERINTAH kerana mereka hanya menjalankan perintah....tp ini memang salah PIHAK YG MENGELUARKAN PERINTAH...kalau dikata anda lemah dan gagal merancang..boleh terimakah??atau anda nak kata ini salah org lain?.kalau kita tanya...memang banyak alasan yg boleh diberikan.munkin mengalahkan jumlah butiran pasir dipantai...kita tahu sifat orang yg GAGAL selalu mecari alasan dan suka menyalahkan org lain..jgnlah senang2 tukar arahan..bak kata P.Ramlee "dunia ini anta yg punyakah?"
   
         Teringat kata2 bos semalam...
                                                "kita permudahkanlah urusan orang lain..
                                            ...InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita"
 
Ingatlah.....ibadah Qurban ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)
                      
Satu falsafah yang saya pegang sampai sekarang "jangan kita menghalang kebaikan yg orang lain nak buat walaupun kita tak nak buat kebaikan tersebut"- sejujur kata :)

Monday, October 25, 2010

aduhai Cuti 'Idul Adha..kenapa 1 hari? episod 1

aduhai cuti 'IDUL ADHA...knapa la sehari je..inikah tahap kesedaran kita terhadap satu daripada dua perayaan besar Islam ini?..cukupkah sehari + cuti berganti sehari pekerja kerajaan(kena moho dulu) untuk kita merayakan hari Raya Qurban ini..inikah cara kita menghayati peristiwa Qurban..perjalan balik kampung sahaja 480km sehala..logikkah?. ini amat mengecewakan bagi mereka yang ingin balik kampung dan mengambil bahagian dalam ibadat Qurban ini...apa yg mengecewakan ialah kengkangan ini diwujudkan oleh siapa?..mungkin kerana kelemahan perancangan..kealpaan..tiada kesedaran..kurang berilmu dsbnya..apapun...kelemahan siapakah ini???

Qurban merupakan satu tuntutan sunat yg wajib kepada org islam yg berkemampuan. Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

Al-Qur'an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma'il tercinta dalam  Kisahnya ; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku - insya Allah - termasuk orang-orang yang sabar".Al-Shafat, ayat : 102-109.

Adalah amat mengcewakan bg mereka bergelar Islam .... tidakkah terdetik rasa bersalah mereka yg membuat perancangan@diberi kuasa merancang jadual persekolahan ini....dengan masa,akal dan fikiran yg telah diberikan tp kenapa begini jadinya..ramaikah pak turuk @pak angguk@tukang kipas dalam mesyuarat yg diadakan..tidakkah ia akan menyusahkan ramai pihak....hanya tinggal 2 hari sebelum cuti skola ...kenapa tidak disambung terus ngan cuti sekolah atau setidak2nya memberi cuti yang lebih walaupun berganti(tidak perlu dipohon-keluarkan satu kenyataan/surat siaran memberikan cuti). Pada siapakah kita takut???..adakah kerana politic thinking anda berbuat demikian?mungkin kononnya2 menjaga hati banyak pihak..tidak terfikirkah kesan kepada golongan majoriti yg bergelar Islam..kalau disebabkan politikpun..tidak terfikirkah atau memang tak nak fikir golongan mana majoriti Islam ini..bangsa apakah mereka??..terasa hatikah mereka? inilah kelemahan manusia yg diberi kuasa..ingatlah setiap yg kita buat akan ditimbang dineraca Allah dengan seadil-adilnya....Allah Maha Besar-sejujur kata:)...bersambung