Saturday, December 4, 2010

Aduhai Cuti 'idul Fitri ..episod 3

Episod susah cuti sebab kelemahan perancangan manusia berakhir gak..setelah ramai komplen di blog, akhbar, surat dsbnya..barulah arahan berubah...AKHIRNYA CUTI gak setelah 2-3 arahan menyusahkan kluar..terhantuk baru tergadah...pengajarannya=fikir org lain sebelum diri sendiri :)

Thursday, November 18, 2010

Keajaipan nombor dalam al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

NOTA: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan...dipetik dari nukilan Suzana Ghazali

..



Wednesday, November 10, 2010

                                  SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR


BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN FUTSAL TINGKATAN 4 TAHUN 2010

Nama Pasukan:
Nama Pengurus Pasukan:
No. Tel Pengurus Pasukan:

Bil
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Ting






























Syarat Penyertaan

1.        Setiap pasukan mestilah tidak melebihi 7 orang atau sekurang-kurangnya 5 orang.
2.        Penyertaan adalah PERCUMA.
3.        Setiap ahli pasukan WAJIB dari kelas yang sama.
4.        Pasukan tidak boleh meminjam atau mengambil pemain dari pasukan lain.
5.        Pasukan WAJIB berada di kawasan gelanggang 30 minit sebelum perlawanan.
6.        Mana- mana pasukan yang GAGAL mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan atau   dikira kalah dan kemenangan diberi kepada pasukan lawan.
7.        Semua peserta WAJIB memakai pakaian sukan yang sesuai dan berseluar panjang/track bottom.
        8.        Borang hendaklah dihantar selewat-lewatnya 10 Nov 2010 (Jumaat) kepada En Mansor atau email di alamat cikgumansorkl@yahoo.com

Tarikh dan Tempat
 
11 Nov 2010 (lelaki dan perempuan)
Bertempat di Gelanggang Bola Keranjang

Format Kejohanan
1.Perlawanan liga peringkat awal dan kalah mati peringkat pusingan seterusnya.(bergantung pada perubahan semasa)
2. Hanya 5 pemain sahaja setiap perlawanan dengan 2 pemain simpanan.
3. Masa perlawanan adalah 11 minit  iaitu 5 minit setiap separuh masa dan termasuk 1 minit masa rehat.
4. Sekiranya berlaku seri diperingkat kalah mati maka kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain)

PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan  dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini
Tandatangan :___________________________
Nama :__________________________________ Tarikh :____________________
( PENGURUS PASUKAN)


*borang juga boleh diambil dari www.cikgumansor.blogspot.com

Sunday, October 31, 2010

aduhai Cuti 'Idul Adha..kenapa 1 hari? episod 2

Salam semua...dulu sy dah tulis hal ni...tp terpanggil lg untuk menyambung episod dukanya...
         Disuatu pg dibilik guru..ada satu pertanyaan kpd  smua guru "adakah cikgu2 nak cuti raya haji bersambung terus ngan cuti skolah?kalau nk kita mesti ganti cuti tersebut selama 2 hari dengan Cuti Berganti yg akan dibuat pada 2 kali sabtu? kita akan buat undian..jika majoriti setuju kita akan mohon dengan JPN" maka berduyun2 lah cikgu2 membuang undi(tip jer) yg ada di kaunter pejabat dan hasilnya MENANG!!! dengan YAKINnya cutipun dianggap LULUS...sepantas kilat khabar gembira ini disampaikn kpd ahli keluarga...maka isteri pun apply la cuti utk balik kg.. mak pun tumpang gembira cz leh balik kg..adik beradik pun merancang tuk sama beraya dikg dan sekali lg ambil bhg dalam acara Qurban ni...Alhamdulillah
       Selang je beberapa hari....sampai lak berita MENGECEWAKAN..cuti hanya lulus sehari je..arahan pihak atas katanya.adusss hancur luluh perasaan guru yg ingin balik kg melakukan ibadat Qurban ini...ada yg lembu dah booking...camrer ni..malu lak ngan tuan lembu nk btau batal..takut menyusahkannya.. kena cari pengganti last2 minute...masa minta beriya2 pujuk tuan lembu tu...wakil je kot walau x real lak rasanya.. .takpe la...beraya di selangor saje la...masak sendiri ...makan sendiri2...qurban ikan selar je la
       Tetiba semalam(Sabtu)..dlm mesyuarat guru diumumkan lak bahawa cuti leh diambil sehingga bersambung terus ngan cuti skolah...ADUHAI apa dah jadi ni??????surat pemberitahuan kpd ibubapa telah diedarkan..tidak terfikirkah org yg merancang cuti ini bahawa fikiran dan hasil tangan ANDA telah banyak menyusahkan org lain..yg melibatkan pelbagai peringkat manusia..inikah dikatakan bijak merancang?.tak terfikirkah atau malaskah nak fikir...???bg anda mugkin masalah ni kecil tp bagi mereka yg terkena...ini amatlah membebankan...Allah itu Maha Adil.
       Dalam hal ini..kita tak salah kan PIHAK YG MENURUT PERINTAH kerana mereka hanya menjalankan perintah....tp ini memang salah PIHAK YG MENGELUARKAN PERINTAH...kalau dikata anda lemah dan gagal merancang..boleh terimakah??atau anda nak kata ini salah org lain?.kalau kita tanya...memang banyak alasan yg boleh diberikan.munkin mengalahkan jumlah butiran pasir dipantai...kita tahu sifat orang yg GAGAL selalu mecari alasan dan suka menyalahkan org lain..jgnlah senang2 tukar arahan..bak kata P.Ramlee "dunia ini anta yg punyakah?"
   
         Teringat kata2 bos semalam...
                                                "kita permudahkanlah urusan orang lain..
                                            ...InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita"
 
Ingatlah.....ibadah Qurban ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)
                      
Satu falsafah yang saya pegang sampai sekarang "jangan kita menghalang kebaikan yg orang lain nak buat walaupun kita tak nak buat kebaikan tersebut"- sejujur kata :)

Monday, October 25, 2010

aduhai Cuti 'Idul Adha..kenapa 1 hari? episod 1

aduhai cuti 'IDUL ADHA...knapa la sehari je..inikah tahap kesedaran kita terhadap satu daripada dua perayaan besar Islam ini?..cukupkah sehari + cuti berganti sehari pekerja kerajaan(kena moho dulu) untuk kita merayakan hari Raya Qurban ini..inikah cara kita menghayati peristiwa Qurban..perjalan balik kampung sahaja 480km sehala..logikkah?. ini amat mengecewakan bagi mereka yang ingin balik kampung dan mengambil bahagian dalam ibadat Qurban ini...apa yg mengecewakan ialah kengkangan ini diwujudkan oleh siapa?..mungkin kerana kelemahan perancangan..kealpaan..tiada kesedaran..kurang berilmu dsbnya..apapun...kelemahan siapakah ini???

Qurban merupakan satu tuntutan sunat yg wajib kepada org islam yg berkemampuan. Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

Al-Qur'an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma'il tercinta dalam  Kisahnya ; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku - insya Allah - termasuk orang-orang yang sabar".Al-Shafat, ayat : 102-109.

Adalah amat mengcewakan bg mereka bergelar Islam .... tidakkah terdetik rasa bersalah mereka yg membuat perancangan@diberi kuasa merancang jadual persekolahan ini....dengan masa,akal dan fikiran yg telah diberikan tp kenapa begini jadinya..ramaikah pak turuk @pak angguk@tukang kipas dalam mesyuarat yg diadakan..tidakkah ia akan menyusahkan ramai pihak....hanya tinggal 2 hari sebelum cuti skola ...kenapa tidak disambung terus ngan cuti sekolah atau setidak2nya memberi cuti yang lebih walaupun berganti(tidak perlu dipohon-keluarkan satu kenyataan/surat siaran memberikan cuti). Pada siapakah kita takut???..adakah kerana politic thinking anda berbuat demikian?mungkin kononnya2 menjaga hati banyak pihak..tidak terfikirkah kesan kepada golongan majoriti yg bergelar Islam..kalau disebabkan politikpun..tidak terfikirkah atau memang tak nak fikir golongan mana majoriti Islam ini..bangsa apakah mereka??..terasa hatikah mereka? inilah kelemahan manusia yg diberi kuasa..ingatlah setiap yg kita buat akan ditimbang dineraca Allah dengan seadil-adilnya....Allah Maha Besar-sejujur kata:)...bersambung

Wednesday, October 20, 2010

Borang Futsal Lepasan PMR 2010 SMK SSAAS

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN FUTSAL LEPASAN PMR TAHUN 2010

Nama Pasukan:
Nama Pengurus Pasukan:
No. Tel Pengurus Pasukan:

Bil
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Ting






























Syarat Penyertaan

1.        Setiap pasukan mestilah tidak melebihi 7 orang atau sekurang-kurangnya 5 orang.
2.        Yuran penyertaan adalah RM15.00 setiap pasukan.
3.        Setiap ahli pasukan WAJIB dari kelas yang sama.
4.        Pasukan tidak boleh meminjam atau mengambil pemain dari pasukan lain.
5.        Pasukan WAJIB berada di kawasan gelanggang 30 minit sebelum perlawanan.
6.        Mana- mana pasukan yang GAGAL mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan atau   dikira kalah dan kemenangan diberi kepada pasukan lawan.
7.        Semua peserta WAJIB memakai pakaian sukan yang sesuai dan berseluar panjang/track bottom.
8.        Borang hendaklah dihantar selewat-lewatnya 22 Oktober 2010 (Jumaat) kepada
              En Mansor.

Tarikh dan Tempat

26 Oktober 2010 (lelaki sahaja)
27 Oktober 2010 (perempuan sahaja)
Bertempat di Gelanggang Bola Keranjang

Format Kejohanan
1.Perlawanan liga peringkat awal dan kalah mati peringkat pusingan seterusnya.(bergantung pada perubahan semasa)
2. Hanya 5 pemain sahaja setiap perlawanan dengan 2 pemain simpanan.
3. Masa perlawanan adalah 11 minit  iaitu 5 minit setiap separuh masa dan termasuk 1 minit masa rehat.
4. Sekiranya berlaku seri diperingkat kalah mati maka kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain)

PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan  dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini
Tandatangan :___________________________
Nama :__________________________________ Tarikh :____________________
( PENGURUS PASUKAN)


*borang juga boleh diambil dari www.cikgumansor.blogspot.com

Friday, October 15, 2010

setelah lama menunggu....Merdeka bagi guru PJK

Salam....setelah sekian lama menunggu...hasil keprihatinan drp TPM  telah mengeluarkan satu surat siaran bertarikh 26 Julai 2010...bertajuk KEBENARAN KHAS GURU DAN MURID MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI BERKENAAN http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1335  kini bagai bulan jatuh ke riba...satu hadiah yg dikira amat bernilai pada mereka yg bergelar guru PJK menjadi kenyataan....cuma sedikit persoalan...adakah surat siaran ini telah sampai sepenuhnya kepada mereka yg disasarkan?apapun terima kasih kpd keprihatinan TPM & KPPM yg sedikit sebanyak mengurangkan berat beban yg digalas selama ini-sejujur kata :)

Wednesday, October 13, 2010

secoret rasa....tersentuh hatiku....email dari is3

Salam...pertama kali email dr is3 menceritakan telatah Aiman....
 
.
....semalam aiman bagitau,' mama, cikgu marah aiman'. kenapa pulak noor tanya, dia jawab' aiman tak belajar, cikgu suruh belajar. besar nanti nak jadi pandai'..nor kata ' ha..lain kali jangan la main. belajar la"..
pagi tadi kan abang kata cuti sebab dia batuk kuat. masa tengah kemas beg sekolah, aiman kata'aiman tak mboh cuti, nak g sekolah". nor kata." aiman kan batuk kuat, cuti la duduk rumah, kenapa plak nak g sekolah'. dia jawab" aiman suka sekolah." nor tanya"ada apa kat sekolah" dia jawab dengan nada lembut"kat sekolah belajar, aiman suka belajar.nanti besar boleh jadi pandai". rasa terharu pulak dengar. nor jawab, "belajar nanti besar boleh jadi pandai, macam abah, aiman nak jadi macam abah tak". dia jawab' aiman nak jadi macam abah'...
 
Setelah membaca email ini...tiba2 ku mula fikir bahawa anak memang mejadikan kita idolanya....teringat waktu solat maghrib berjemaah mlm td ku memarahiya kerana bercakap waktu solat...tp niatku ikhlas...marahku kerana mendidik...insyaAllah marah itulah sebagai penawar kearah kebaikan untuknya kelak.......abah doakan moga Allah menjadikan Aiman anak yg soleh....tiada harta yg amat ternilai buat seorang ayah selain anak yg soleh....harta takkan abah bawa selpas mati tp doa anak yg soleh insyaAllah akan membantu abah selepas mati ..terharu memang terharu...ya Allah jadikan anakku ii...anak yg soleh yg boleh berbakti kpd agama...org tuanya...keluarga...masyarakat...bagsa dan negara...amin -sejujur kata :)

Berita Harian Online | Ramai pemimpin tidak bangga berbahasa Melayu

Berita Harian Online | Ramai pemimpin tidak bangga berbahasa Melayu

Monday, October 11, 2010

Rakyat 'buat-buat buta sejarah' dianggap tidak kenang budi?-Utusan Malaysia

Salam....sedikit pandangan berkaitan tajuk di atas....betulkah kita buta sejarah atau buat2 buta atau persoalan lebih menarik...adakah sejarah kita dibutakan...boleh jadi dibutakan oleh diri sendiri atau org lain.. Walau apapun persoalan ini.."tepuk dada tanya selera"...adalah baik kalau kita tahu apa yg kita tak tahu..dan adalah malang kalau kita tak tahu apa yg kita tak tahu.

Apapun persoalan ini...al-Fatihah untuk mereka yg meninggal dunia kerana berjuang untuk negara...dan jaminan syurga utk mereka yg ikhlas berjihad ke jalan Allah. Manakala kita yg hidup harus terus berjuang dialam fana ini. Pada hemat saya setelah 53 tahun merdeka kita sepatutnya telah menjadi satu...tetapi malang kerana kenyataan adalah sebaliknya...proses asimilasi tidak berlaku dengan sepatutnya. Sesetengah kita terlalu banyak memberi dan sesetengah pihak pula terlalu banyak menerima...tiada check n balance dlm hal ini...apa yg jelas ianya byk melibatkan motif politik...

ADIL ...memang susah untuk berlaku adil kerana adil boleh dilihat dr pelbagai perspektif...kadang2 ia tak boleh dinilai dr kuantiti shj..tetapi bagaimana pula dgn kualiti?contoh sebiji seorang roti canai pasti tidak adil utk dua orang yang berlainan berat badan atau berat badan sama tetapi tahap metabolisme badan pula berbeza...sepatutnya kita jdkn Rasulullah s.a.w sebagai idola dlm menyelesaikn masalah...kerana sejarah membuktikn cara nabi memasuki dan mentadbir Madinah yg didiami pelbagai bangsa...ternyata pelbagai bangsa bersatu dibwah pentadbiran baginda..lihat bagaimana baginda menawan Mekah(diduduki org2 Qurasy-musuh Islam) tanpa pertumpahan darah...pasti ianya sesuatu yg hebat.

nak jd pemimpin atau telah bergelar pemimpin? samakah kita atau sedikit sama atau langsung tidak sama dengan sifat sahabat nabi semasa mendapat jawatan pembesar iaitu Khalifah Abu Bakar as-siddiq..apa katanya semasa dilantik sebagai pemimpin "

Amma ba’du, saudaraku sekalian sesungguhnya aku telah terpilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik diantara kalin, maka jika aku berbuat kebaikan bantulah akau. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah suatu pengkhiatan. Orang yang lemah di antara kalian sesungguhnya kuat di sisiku hingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya Insya Allah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka suatu kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian terbesar di tengah suatu kaum kecuali adzab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan RasulNya. Tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajiban taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan shalat semoga Allah merahmati kalian… [1]

Hayati kata2 di atas dengan mata hati....Oleh kerana itu, bagi hemat saya sifat seorang pemimpin haruslah lebih baik dr sifat org yg dipimpinnya...terutama dari segi aqidah..kerana dari sifat ini akan dituruti kebaikan dari segi perlakuan dan tutur katanya. Bijak ekonomi, bijak politik dan bijak sosial haruslah berpandukan ajaran Allah yang telah ditunjukkan oleh nabi...tinggal kita nak atau tak nak...berapa kerap pemimpin yg mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya....bolehkah mengimamkan solat di masjid atau surau atau paling tidak solat jemaah dirumah...kalau ya pun ada berapa ramai? apatah lagi kalau ditanya bab2 lain agama. cuba test tajwid atau bacaan al-Quran pemimpin kita...ada berani? kalau ada berapa kerap yang berani?..kita lihat kecil perkara ni tetapi inilah antara punca kegagalan kita pada hemat saya...gagal pada diri yg memberi kesan pada org lain.

Mengubahsuai rumah adalah senang tetapi mengubah minda dan sikap manusia yg bergelar masyarakat adalah tugas yg terlalu berat...dengan ini haruslah pemimpin itu mengubah sikapnya terlebih dahulu...jadilah contoh dan tauladan kepada rakyat..ketam mengajar anak berjalan lurus pastinya GAGAL...mengubah sesuatu dasar negara perlukan kuasa..jadi mereka yg berkuasa mesti gunakan kuasa sebijak2nya utk agama bangsa dan negara..ayuh semua mereka yg bergelar ketepikan politik dan bekerjalah dengan ikhlas....."KERAJAAN OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT" buktikan!-sejujur kata:)

utusan-rakyat buat-buat buta sejarah?

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Wednesday, October 6, 2010

Penggunaan Bahasa Melayu belum membanggakan?

Salam...terpanggil dengan tajuk yg dimuat dlm akhbar Utusan Malaysia hari ni..Penggunaan Bahasa Melayu belum membanggakan...ku cakap ya..itu adalah kenyataan. Membudayakan Bahasa Melayukah kita? tepuk dada tanya selera..kalau nak ubah sesuatu perlukan masa dan kuasa...masa telah masuk angka 53tahun x 12 bulan x 365 hari =? cuba kita renungkan. Bercakap soal kuasa...sesiapa sahaja yang diberi kuasa melalui sistem demokrasi kita...KUASA OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT ...yg terpilih telahpun digelar Yb dsbnya dan ternyata mempunyai kuasa..sepatutnya kuasa itu digunakan sepnuhnya tanpa mementingkan periuk nasi dan tanpa sebarang kepentingan politik peribadi yg tak kemana lebih dari keperluan negara..tapi ternyata sesetengah pemimpin bila ada kuasa tak guna MANDAT yg diberi sepenuhnya dgn btul..tgk lah berapa kerap pemimpin kita yg menggagungkan dan berasa bangga bila guna Bahasa Melayu..bila ditanya sesuatu soalan menggunakn B.Melayu...dgn megah dijwbnya pula dlm B.Inggeris walaupun tahu atau buat2 tak tahu bahawa itu adalah bahasa kedua(bahasa bekas penjajah-sejarah tidak pernah berbohong)..betullah apa yg dikata "sesiapa yg tidak mengenal sejarah pasti akan mengulangi sejarah" apatah lg bila ditanya dlm BI..lagi la dijawabnya dlm BI yang boleh mengalahkan empunya bahasa itu sendiri (mat saleh) ..tidak ada perasaan bersalah langsung..sebagai pemimpin sepatutya perlu malu kerana menggunakan bahasa lain sebagai keutamaan..KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN konon...Cuba tgk bangsa2 lain di dunia...mereka mengagungkan bahasa ibunda tanda JATIDIRI yg kuat...sepatutnya dlm persidangan besar peringkat antarabangsa, negara, negeri, daerah, kampung atau dimana ceruk sekalipun kita mesti berbangga guna BM supaya org knal bahasa kita...ini tak...nak juga guna gak BI konon-kononnya negara kita dah hebat..dah maju...tidakkah kita sedar dengan cara tersebut ianya melambangkan JIWA kita belum merdeka..masih dijajah cara pemikirannya. Kita suka menafikan sesuatu menggunakan akal kita yg sempit tanpa menyedari realiti sebenar..lihatlah kenyataan negara matahari terbit..dulu kita kata Dasar Pandang ke Timur...kita nak tiru cara mereka maju dr segi teknologinya ..tapi sedarkah kita mereka maju tanpa menggadaikan bahasa ibunda mereka.. penggunaan bahasa Inggeris yg konon-kononnya kita kekurangan istilah dr segi bahasa untuk maju...saya katakan "ya" kita kekurangan istilah tetapi "bohong" kita x boleh maju tanpa guna BI. sepatutnya mereka sedar slogan BAHASA JIWA BANGSA....1Malaysia dicanangkn tidak salah tp setelah 53 thn MERDEKA...ada lg yg tak boleh memahami...bercakap menggunakan Bahasa Melayu dgn baik dan betul...rakyat Malaysiakah mereka?kalau ditanya..mungkin jawapannya Yes..hao(kalau tak silap) dsbnya..malu kita kalau dibandingkn dgn negara jiran Indonesia...sy rasa kalau mereka bercakap melalui tel kita takkan kenal bangsa mereka. Saya tak berminat nak bincang cara perlaksanaan diperingkat bawahan walaupun ianya memainkn peranan yg sgt penting kerana kita tahu selagi peringkat penggubal dasar tak serius atau takut untuk serius...betullah perumpamaan seperti ketam mengajar anaknya berjalan..sekarang marilah sama2 kita sedar diri...ingat siapa kita...apa tanggungjawab kita...setiap yg kita buat sekrg pasti memberi kesan kepada generasi pewaris kita yg akan datang..ketepikan politik utamakan keperluan bangsa dan negara..sedarlah dari tidur dan mimpi indah wahai org di atas kerana anda boleh mengubanya. Tanya diri apa yg kita sumbang kpd negara bukan apa yg negara boleh sumbang kpd kita..belajar banyak bahasa sangat bagus tp gunalah sebijak mungkin pada tempatnya-sejujur kata :)

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama