Sunday, October 31, 2010

aduhai Cuti 'Idul Adha..kenapa 1 hari? episod 2

Salam semua...dulu sy dah tulis hal ni...tp terpanggil lg untuk menyambung episod dukanya...
         Disuatu pg dibilik guru..ada satu pertanyaan kpd  smua guru "adakah cikgu2 nak cuti raya haji bersambung terus ngan cuti skolah?kalau nk kita mesti ganti cuti tersebut selama 2 hari dengan Cuti Berganti yg akan dibuat pada 2 kali sabtu? kita akan buat undian..jika majoriti setuju kita akan mohon dengan JPN" maka berduyun2 lah cikgu2 membuang undi(tip jer) yg ada di kaunter pejabat dan hasilnya MENANG!!! dengan YAKINnya cutipun dianggap LULUS...sepantas kilat khabar gembira ini disampaikn kpd ahli keluarga...maka isteri pun apply la cuti utk balik kg.. mak pun tumpang gembira cz leh balik kg..adik beradik pun merancang tuk sama beraya dikg dan sekali lg ambil bhg dalam acara Qurban ni...Alhamdulillah
       Selang je beberapa hari....sampai lak berita MENGECEWAKAN..cuti hanya lulus sehari je..arahan pihak atas katanya.adusss hancur luluh perasaan guru yg ingin balik kg melakukan ibadat Qurban ini...ada yg lembu dah booking...camrer ni..malu lak ngan tuan lembu nk btau batal..takut menyusahkannya.. kena cari pengganti last2 minute...masa minta beriya2 pujuk tuan lembu tu...wakil je kot walau x real lak rasanya.. .takpe la...beraya di selangor saje la...masak sendiri ...makan sendiri2...qurban ikan selar je la
       Tetiba semalam(Sabtu)..dlm mesyuarat guru diumumkan lak bahawa cuti leh diambil sehingga bersambung terus ngan cuti skolah...ADUHAI apa dah jadi ni??????surat pemberitahuan kpd ibubapa telah diedarkan..tidak terfikirkah org yg merancang cuti ini bahawa fikiran dan hasil tangan ANDA telah banyak menyusahkan org lain..yg melibatkan pelbagai peringkat manusia..inikah dikatakan bijak merancang?.tak terfikirkah atau malaskah nak fikir...???bg anda mugkin masalah ni kecil tp bagi mereka yg terkena...ini amatlah membebankan...Allah itu Maha Adil.
       Dalam hal ini..kita tak salah kan PIHAK YG MENURUT PERINTAH kerana mereka hanya menjalankan perintah....tp ini memang salah PIHAK YG MENGELUARKAN PERINTAH...kalau dikata anda lemah dan gagal merancang..boleh terimakah??atau anda nak kata ini salah org lain?.kalau kita tanya...memang banyak alasan yg boleh diberikan.munkin mengalahkan jumlah butiran pasir dipantai...kita tahu sifat orang yg GAGAL selalu mecari alasan dan suka menyalahkan org lain..jgnlah senang2 tukar arahan..bak kata P.Ramlee "dunia ini anta yg punyakah?"
   
         Teringat kata2 bos semalam...
                                                "kita permudahkanlah urusan orang lain..
                                            ...InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita"
 
Ingatlah.....ibadah Qurban ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)
                      
Satu falsafah yang saya pegang sampai sekarang "jangan kita menghalang kebaikan yg orang lain nak buat walaupun kita tak nak buat kebaikan tersebut"- sejujur kata :)

No comments: