Wednesday, October 6, 2010

Penggunaan Bahasa Melayu belum membanggakan?

Salam...terpanggil dengan tajuk yg dimuat dlm akhbar Utusan Malaysia hari ni..Penggunaan Bahasa Melayu belum membanggakan...ku cakap ya..itu adalah kenyataan. Membudayakan Bahasa Melayukah kita? tepuk dada tanya selera..kalau nak ubah sesuatu perlukan masa dan kuasa...masa telah masuk angka 53tahun x 12 bulan x 365 hari =? cuba kita renungkan. Bercakap soal kuasa...sesiapa sahaja yang diberi kuasa melalui sistem demokrasi kita...KUASA OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT ...yg terpilih telahpun digelar Yb dsbnya dan ternyata mempunyai kuasa..sepatutnya kuasa itu digunakan sepnuhnya tanpa mementingkan periuk nasi dan tanpa sebarang kepentingan politik peribadi yg tak kemana lebih dari keperluan negara..tapi ternyata sesetengah pemimpin bila ada kuasa tak guna MANDAT yg diberi sepenuhnya dgn btul..tgk lah berapa kerap pemimpin kita yg menggagungkan dan berasa bangga bila guna Bahasa Melayu..bila ditanya sesuatu soalan menggunakn B.Melayu...dgn megah dijwbnya pula dlm B.Inggeris walaupun tahu atau buat2 tak tahu bahawa itu adalah bahasa kedua(bahasa bekas penjajah-sejarah tidak pernah berbohong)..betullah apa yg dikata "sesiapa yg tidak mengenal sejarah pasti akan mengulangi sejarah" apatah lg bila ditanya dlm BI..lagi la dijawabnya dlm BI yang boleh mengalahkan empunya bahasa itu sendiri (mat saleh) ..tidak ada perasaan bersalah langsung..sebagai pemimpin sepatutya perlu malu kerana menggunakan bahasa lain sebagai keutamaan..KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN konon...Cuba tgk bangsa2 lain di dunia...mereka mengagungkan bahasa ibunda tanda JATIDIRI yg kuat...sepatutnya dlm persidangan besar peringkat antarabangsa, negara, negeri, daerah, kampung atau dimana ceruk sekalipun kita mesti berbangga guna BM supaya org knal bahasa kita...ini tak...nak juga guna gak BI konon-kononnya negara kita dah hebat..dah maju...tidakkah kita sedar dengan cara tersebut ianya melambangkan JIWA kita belum merdeka..masih dijajah cara pemikirannya. Kita suka menafikan sesuatu menggunakan akal kita yg sempit tanpa menyedari realiti sebenar..lihatlah kenyataan negara matahari terbit..dulu kita kata Dasar Pandang ke Timur...kita nak tiru cara mereka maju dr segi teknologinya ..tapi sedarkah kita mereka maju tanpa menggadaikan bahasa ibunda mereka.. penggunaan bahasa Inggeris yg konon-kononnya kita kekurangan istilah dr segi bahasa untuk maju...saya katakan "ya" kita kekurangan istilah tetapi "bohong" kita x boleh maju tanpa guna BI. sepatutnya mereka sedar slogan BAHASA JIWA BANGSA....1Malaysia dicanangkn tidak salah tp setelah 53 thn MERDEKA...ada lg yg tak boleh memahami...bercakap menggunakan Bahasa Melayu dgn baik dan betul...rakyat Malaysiakah mereka?kalau ditanya..mungkin jawapannya Yes..hao(kalau tak silap) dsbnya..malu kita kalau dibandingkn dgn negara jiran Indonesia...sy rasa kalau mereka bercakap melalui tel kita takkan kenal bangsa mereka. Saya tak berminat nak bincang cara perlaksanaan diperingkat bawahan walaupun ianya memainkn peranan yg sgt penting kerana kita tahu selagi peringkat penggubal dasar tak serius atau takut untuk serius...betullah perumpamaan seperti ketam mengajar anaknya berjalan..sekarang marilah sama2 kita sedar diri...ingat siapa kita...apa tanggungjawab kita...setiap yg kita buat sekrg pasti memberi kesan kepada generasi pewaris kita yg akan datang..ketepikan politik utamakan keperluan bangsa dan negara..sedarlah dari tidur dan mimpi indah wahai org di atas kerana anda boleh mengubanya. Tanya diri apa yg kita sumbang kpd negara bukan apa yg negara boleh sumbang kpd kita..belajar banyak bahasa sangat bagus tp gunalah sebijak mungkin pada tempatnya-sejujur kata :)

No comments: